Pages

Tafsir Mimpi Menurut Barat

ANGGOTA KELUARGA *

Anggota Keluarga: Mimpi ini boleh baik atau buruk, tergantung pada hubungan anda dengan
keluarga. Bermimpi ayah bererti hal-hal berkaitan dengan kuasa, bermimpi ibu bermakna hal-hal
berkenaan dengan perlindungan/perlindungan lampau, bermimpi adik-beradik bererti saingan,
bermimpi datuk-nenek bererti kebijaksanaan, bermimpi anak anda melambangkan anda seperti
anak atau hal-hal berkaitan dengan zaman kanak-kanak anda.

Air: Air melambangkan emosi dan perasaan anda, di mimpi ia menggambarkan hidup dan
kelahiran. Menyeberang sebuah sungai bermakna perubahan, sungai kecil yang mengalir dengan
cepat menunjukkan emosi yang tidak dapat dikuasai, kolam terang menunjukkan permulaan baru,
air berlumpur atau pusaran air bererti masalah yang tidak diduga-duga.


BB

Bertelanjang: Mimpi ini bererti keadaan yang memalukan ataupun anda berkhuatir membuat
kesalahan lalu didedahkan. Jika ditangkap oleh orang lain sebelum berpakaian sepenuhnya,
bermakna anda belum bersiap-siap sebagaimana mestinya.

Binatang: Bermimpi singa bererti hal-hal berkenaan dengan keberanian, bermimpi kuda
menunjukkan hal-hal berkenaan dengan kuasa, bermimpi ular menunjukkan kesuburan, bermimpi
binatang liar yang berlaga bermakna pertengkaran di kalangan keluarga, percakapan burung
bermakna kebahagiaan, lebah berdengung-dengung bererti baik untuk perniagaan, kucing berwarna
hitam menandakan nasib baik.

Buaya: Anda akan ditipu oleh kawan anda. Musuh akan menyerang anda. Mimpi yang memberi
amaran.


DARAH *

Darah: Bermimpi pakaian yang berdarah, bererti musuh yang mencuba membinasakan kerjaya
anda yang bermula berjaya. Melihat darah yang mengeluar dari luka bermakna kebimbangan dan
penyakit, mahupun urusan niaga yang buruk dengan orang asing.

Dikejar: Ini adalah mimpi kebimbingan, kadang-kadang mimpi ini ialah ketakutan benar bahawa
akan diserang atau digertak. Secara lambang, ia menunjukkan anda mencuba melepaskan diri dari
situasi yang susah ataupun anda tidak menghadapi hakikat.

GG

Gigi: hubungan tidak menyenangkan dengan penyakit atau orang yang membingungkan.
Gigi yang goyang: kegagalan dan khabar buruk.
Gigi yang hilang: kemalangan dengan tiba-tiba.


JJ

Jatuh: Bererti kekurangan keselamatan, kekurangan yakin pada diri sendiri, ketakutan kegagalan,
ketidakbolehan menguasai situasi tertentu, atau hanya mempunyai punca jasmaniah: kejatuhan
mengejut tekanan darah.



KUCING *

Kucing: nasib buruk jika anda tak berjaya menghalaunya atau membunuhnya

LABAH-LABAH *

Labah-labah: Melihat labah-labah bermakna anda akan berhati-hati, bekerja dengan rajin
dan menemui sukses. Labah-labah yang besar bermakna sukses yang cepat.
Tapi kalau anda dikejar atau digigit labah-labah tersebut bermakna masalah atau kesukaran
dengan kejayaan tersebut.

MM

Mati: Melihat seolah-olah anda mati bererti anda diancam oleh orang atau situasi yang sudah
membantu anda terlebih dahulu. Melihat mati dalam mimpi bererti nasib buruk dan dukacita bagi
anda dan kawan anda. Melihat seseorang mayat bermakna akhir situasi. Melihat kawan yang mati
boleh mengerti hanya anda akan meninggalkan dia.

Mayat: Khabar buruk perniagaan atau berkenaan dengan seorang yang tidak hadir.


SS

Singa: bermimpi singa bererti anda berkuasa besar, kalau anda menewaskan singa itu, anda akan
menang, kalau ditewaskan oleh singa, maka anda akan mudah dikecam oleh serangan musuh.
Suara singa: mendengar suara singa bererti kemajuan tidak di sangka-sangka dan populariti
dengan kaum wanita. 

Syaitan: Sesiapa yang bermimpi diganggu syaitan bererti musuhnya menuduh isterinya berzina
atau mengganggunya. Kata satu pendapat mimpi seperti itu menunjukkan orang yang bermimpi
akan lepas daripada kesusahannya atau sembuh dari penyakit.

T:

Terbang: Bermakna kejayaan, pencapaian dan prestasi. Menggambarkan harapan, hasrat dan citacita
anda.

Terperangkap: Mimpi ini mengucapkan kehampaan dan kekecewaan anda dan kehilangan kuasa.
Terperangkap di terowong atau tempat gelap lain bermakna anda kekurangan maklumat yang
sangat penting, jika anda melihat jalan keluar atau sinaran, maka masalah anda akan dipecahkan.


U:
Ular: Bermimpi ular bermakna kejahatan aneka ragam. Kalau anda membunuh ular, anda akan
mengalahkan musuh anda. Cara bagaimana anda memegang ular menunjukkan bagaimana anda
boleh menangani musuh anda. Kalau anda menginjak ular, anda akan menakutkan penyakit, dan
menakutkan seorang (atau sesuatu) lain yang mencuba memikat pasangan anda.

Terpijak ular: Terpijak ular bermakna seseorang melawan anda atau mengkritikkan anda.

Banyak ular kecil: Ular kecil melambangkan kawan yang rupanya ramah tamah tetapi sebenarnya
tidak berbaik-baik / mendapat tahu perkara atau rahsia yang sangat buruk.

No comments:

Post a Comment