Pages

Tafsir Mimpi Menurut Islam (A-Z)

A ANGGOTA KELUARGA *

Anggota Keluarga: Bermimpi mempunyai anak lelaki yang remaja bererti kemegahan dan
kekuatan bagi anda. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa
bererti satu kebaikan yang akan datang.

ALLAH S.W.T :
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berdiri di hadapan Allah
S.W.T. dan Allah memandang kepadanya, maka mimpi itu merupakan mimpi rahmat jika
yang bermimpi itu orang salih. Tetapi kalau yang bermimpi itu bukan orang salih, maka itu
merupakan peringatan."

BB
ER TELANJANG
Bertelanjang: Bermimpi kehilangan sebahagian pakaiannya atau barang-barang di rumah
bermakna akan hilang sebahagian hartanya. Bermimpi seolah-olah akan menanggalkan
kasut bermakna anda akan berpisah dengan isteri atau pembantu anda.

Binatang: Bermimpi suara singa bererti takut kepada raja yang zalim, bermimpi suara kuda
bermakna anda akan mendapat pemberian dari lelaki yang mulia, bermimpi suara kulit ular bererti
menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk
mengalahkannya, bermimpi percakapan burung bermakna baik dan ialah satu petanda bahawa
orang yang bermimpi bertambah mulia, bermimpi suara kucing menunjukkan memalukan
pembantu yang pencuri.

D DARAH *

Darah: Darah yang keluar dari hidung, jika ia banyak cair, bermakna harta yang
berpanjangan. Jika ia kental, bermakna keguguran kandungan (anak). Jika dia lihat darah itu
mengotori pakaiannya bermakna dia akan mendapat harta yang tidak baik dan akan
melakukan dosa. Jika darah itu tidak mengotori pakaiannya bererti dia akan keluar dari
dosanya (terampun dosanya).


Dikejar: Bermimpi diikuti oleh orang pemuda bermakna anda akan berjumpa dengan musuh.


GG

Gigi: adapun gigi maknanya adalah keluarga rumah tangga lelaki. Maka gigi sebelah atas
adalah keluarganya yang lelaki dan sebelah bawah keluarga yang perempuan.

Gigi yang goyang: jika sebahagian gigi goyang, menunjukkan ada yang akan berpenyakit. Gigi
yang jatuh dan hilang menunjukkan kematian atau hilang buat selama-lamanya.


H HAJI DAN UMRAH:
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Sesiapa yang melihat dia pergi mengerjakan haji pada
musimnya, maka kalau dia belum haji akan dapat mengerjakan haji, kalau dia sedang sakit
akan sembuh, kalau dia mempunyai hutang akan dapat membayar hutangnya, kalau dia
sedang ketakutan dia akan merasa aman, kalau dia miskin akan menjadi kaya, kalau dia
musafir akan selamat, kalau dia telah digulingkan atau ditendang akan kembali mendapat
jawatan, kalau dia sesat akan mengetahui arah dan petunjuk dan kalau dia dalam kesusahan
akan mendapat kelapangan."
Orang yang melihat pergi mengerjakan haji tetapi sudah habis waktunya, maka kalau dia
seorang pemimpin akan digulingkan, kalau dia peniaga akan merugi, kalau dia musafir akan
terkandas di perjalanan, kalau dia sihat akan berpenyakit.
Orang yang melihat seolah-olah dia mengerjakan haji atau umrah bererti panjang umurnya
dan tetap pendiriannya. Orang yang bermimpi tawaf di Baitullah akan mendapat jawatan
yang mulia. Orang yang bermimpi tawaf di atas tunggangan bererti dia menyetubuhi wanita
yang sedang ihram.

JJ

Jin: Orang yang bermimpi bertukar menjadi jin bererti kuat tipu dayanya. Melihat sihir jin
dalam tidur menunjukkan tipu daya. Bermimpi melihat jin, pada asalnya mereka adalah
kelompak yang suka mengajak manusia berkhayal dan menipu manusia.


K KUCING *

Kucing: mendengar suara kucing bererti memalukan pembantu yang mencuri.


MM
ALAIKAT:
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Melihat malaikat dalam tidur, jika malaikat itu yang dikenal
dan dalam keadaan bergembira, maka akan berlaku sesuatu bagi orang yang bermimpi.
Sesuatu yang dimaksudkan itu termasuklah kemegahan, kekuatan, berita menggembirakan,
mendapat pertolongan setelah dizalimi, sembuh, setelah berpenyakit, tenteram setelah
dalam ketakutan, kaya setelah miskin, bergembira setelah menderita, dapat menghajikan
kawannya atau dia syahid dalam peperangan."


Mati: Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Melihat
seolah-olah anda mati, kemudian anda hidup lagi, bererti anda mempunyai dosa kemudian anda
bertaubat.


Mayat: Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati
lagi, lalu orang-orang menangisnya, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini
menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat,
maka dia akan mendapat harta.


P PARA RASUL: lihat Para Rasul
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Bermimpi melihat para nabi ada dua kemungkinan. Mungkin
merupakan khabar gembira dan mungkin juga suatu peringatan. Pertama melihat hal atau
keadaannya yang sebenar. Ini menunjukkan orang yang bermimpi itu baik, sempurna, mulia
dan menang dari musuh-musuhnya. Kedua, melihat nabi tidak seperti keadaannya yang
sebenar. Misalnya dia melihat nabi dalam keadaan cemberut atau masam mukanya. Ini
menunjukkan buruknya keadaan orang yang bermimpi itu dan bersangatan musibah yang
diterimanya tetapi akhirnya Allah melapangkannya. Kalau dia bermimpi melihat seolaholah
dia membunuh nabi, itu menunjukkan bahawa dia tidak menunaikan amanah
menyalahi janji."
SS
AHABAT DAN TABIIN:
Sesiapa yang melihat salah seorang dari mereka atau sekalian mereka dalam keadaan hidup,
maka melihat itu dikira kuat agamanya. Ini juga menunjukkan bahawa yang bermimpi itu
akan memperoleh ketinggian dan kemuliaan. Kalau ada orang yang melihat seolah-olah dia
termasuk sahabat atau tabiin, maka dia akan menghadapi kesusahan, tetapi akhirnya
mendapat kelapangan. Kalau selalu melihat mereka, maka akan lapang kehidupan.

Suara singa: mendengar suara singa bererti takut kepada raja yang zalim.

SURAH-SURAH Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu. Di
bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:

 Syaitan: Sesiapa yang bermimpi diganggu syaitan bererti musuhnya menuduh isterinya berzina
atau mengganggunya. Kata satu pendapat mimpi seperti itu menunjukkan orang yang bermimpi
akan lepas daripada kesusahannya atau sembuh dari penyakit.


U U:
Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang
menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya. Jika bermimpi dibelit
dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami.

3 comments:

  1. Saya bermimpi tentang apakah gelaran yang harus saya gunakan untuk diberi kepada orang yang saya sayangi itu samada saidina atau arwah..
    Mohon pencarahan..

    ReplyDelete
  2. Saya bermimpi berjumpa dengan lelaki yang sya cintai..apakh mksud disebalik mimpi sya.... sya selalu mimpi seperti itu...

    ReplyDelete
  3. Saya bermimpi turun dari bas yang berhenti setengah jalan kerumah..balik berlari dari kampung kekampung dengan permukaan yang hanya mendaki...apa ertinya?

    ReplyDelete